File 130 : Kes Sistem

ASSALAMUALAIKUM...

konnichiwaa minna-san !
ehee :D

sihat tak semua? kalau ye, Alhamdulillah ^^

okay harini Df nak cerita tentang sistem 

credit : google

sistem apa? okay Df ceritakan
pagi tadi Df temankan oka-san Df pergi ke Klinik, ada appointment dengan Dr gituu.
Sementara Df menunggu oka-san Df, Df tengok keadaan sekeliling ( ala-ala Detective gitu :P )
Df tengok saja makcik-makcik pakcik-pakcik datang pun ada juga appointment dengan Dr.

dalam masa Df khayal tengok orang, Df terpandang seorang pakcik tua.
pakcik tu mungkin dalam lingkungan 60an - 70an gitu.
Lepas tu, staff kat kaunter panggil nama pakcik tu.
katanya " Pakcik pergi ye kat makmal sebelah sana tu ye "
Pakcik tu tertanya tanya lagi
staf tu kata " ye pakcik makmal belah sana "

Df pandang sayu je kat pakcik tu. Yela dia dah lah datang sorang.
then, mungkin pakcik tu dah tua sangat kah ( paham-paham ye ) datang buat pendaftaran seorang.
Masalahnya, anak dia takda kah ? hmm.
lagi satu, sistem kat klinik tu tak friendly user betul.
sana makmal ujian tutt, sini nak check darah , sebelah sana bilik jumpa doktor.

Masa mula-mula Df nak buat ujian kesihatan kat klinik tu, Df pun pening.
" eh nak pergi yg mana ni "
" mana pula makmal dia. "
" lepas tu nak buat macam mana ni. "
dah tahu makcik pakcik yang tua selalu datang, apa salahnya upah seorang security ke staff penunjuk arah ke. senang sedikit buat makcik pakcik yang datang.
takdelah dia tertanya tanya . hmm sedih rasa tengok pakcik tu tadi. nak tolong orang memang ramai dan sibuk sangat.

dan Df tak rasa Df salah sebab Df terdengar ada akak sebelah ni cakap 
" aishh tak sistematik betul "



haishh geram =.= 
sekain cerita harini.
harap dapat buat pengajaran kita semua.





15 comments:

Sally Samsaiman said...

susah kalo gitu...kesian pada yg tak terdaya...

Cik Puan said...

tu lah....kesian kat pakcik makcik yang dah tua..kadang ade yang dah tak kuat jalan..d suruh g sane lah...g sini lah..naik tangga lah...kesian tau..kdg ade yang ada anak pon tak temankan mak ayah dowg...eiiii..kesian tau..

puteri kasih said...

susah bila semua tak kat satu tempat kan..kesian kat warga emas yang datang sendiri

nana kimie said...

kalau nana tengok pun rasa kesian...:')

moga Allah lindungi kita semua termasuk pakcik tu...

Shiyda Aqma said...

ish ish , xpatut btol kn . pernah jugak terjumpa situasi mcm ni . haihh ..

Lee Wa Wan said...

kesian pakcik tu kan :(

Norhasniza Khalid said...

erm.. situasi yang sama mama lihat di sini..

Zana Hassan said...

Kadang2 staf malas..akak slalu perhatikan bila time akak g klinik nk check anak..urmm ada yg kena maki la mcm2 la..hish teruk jgk layanan dorang..apatah yg tua2 di tengkingnya..urmmmm sbr jelahh..

fadh leyanie said...

kita yg muda pun kadang2 blurr xtau nk pgi kaunter/bilik/makmal mana apatah lg yg berusia

Aisya A. said...

yup, atleast ada guard yang tunjuk arah pun takpe. hmm

Nurulee said...

"sekain cerita harini"
tu typo selain ke?
muehehe...

memang lah kak. kalau kena macam gitu memang geram. so not helpful.

Cik Yaya said...

salam DF...

samela yang mcm Yaya pernah alami jugak..kat klink krjaan la...
xtaula pmikiran dorng cmne..wat tmpat pusing2...nak p 1-1 tempat kat tmpt2 yg blainan..kdng pun pening jgk.. =_=

Tinta Lana said...

Salam.

Kadang2kan fiqa..sistem dah bagus, manusia je yg tidak mempraktikkannya dgn baik..

If u know what i mean,hik >_<

aku_azreen said...

biasalah setiap sistem mesti ada kelemahannya..thats why kita kena improvekan sistem yg sedia ada..

Mime MF said...

nurse dlm clinic tu pun boleh tunjukkan arah mana nak pergi sbnrnya..mau dengan xmau je..betul tak?