Kes Df dapat anugerah !

ASSALAMUALAIKUM...


hey guys ! Sekarang ni, DF nak kongsi-kongsi dengan korang sesuatu, maklumlah SHARING IS CARING right ?. Pada 9 Disember 2011 yang lepas, Df telah mengisi masa lapang Df dengan menanam anggur a.k.a PENGANGGUR. Sebelum DF melangkah keluar dari Universiti SMK Durian Daun, Df telah membuat satu keputusan untuk meneruskan cita-cita Df sebagai penanam Anggur. Dengan azam yang begitu tinggi, Df telah mendapat sokongan daripada abang-abang Df, kakak Df dan my parents. Walaupun adik bongsunya ini hanya menjadi seorang penanam anggur,namun mereka tetap menyokong Df. Dalam sebulan ini, Df telah banyak berkorban masa menonton televisyen. Df sibuk sampai makan pun tak pernah Df lupakan. Setelah sebulan Df menempuhi cabaran. Akhirnya Df telah berjaya menjadi penanam anggur yang berjaya sehinggakan Df telah mendapat Anugerah Penganggur Yang Terbaik Malaysia.

Piala Penganggur terbaik MAlaysia.
Bagaimana ? Berjaya tak Df selama ini ? Bukan calang-calang orang boleh dapat trophy ni ! Antara usaha-usaha yang DF lakukan selama ini ialah :
- tak bekerja
-makan
-tidur
-duduk rumah ( puteri lilin )
-melayari internet ( blogwalking and Fb )
- bergaduh manja dengan mama Df kat dapur
-menyakat mama Df
-suka buat rumah riuh rendah

kepada yang ingin mencuba tips tips DF ini bolehlah. TAPI after korang lepasan Universiti SMk saja yang layak :)

sekian sahaja
arigatou!

13 comments:

Karya Hati said...

itu bru skolah..blm lps grad lagik... :P

نورعيم said...

haha. baru lepas spm eh? mmg akan dapat anugerah tu!

e4ezzati said...

janji ada angrah , hee

Syafiqah Othman said...

hahaha. ~
best gak tu ..x bt pa dpt anugerah..hhehehe

Unknown said...

hbt2..jeles taw

AnakPakZohar said...

hahaha... penternak anggur yang berjaya.. =P

Aisyatul said...

haha..mkn anggur penganggur :)

D said...

adohaiii detektipp..

untungg le dapat anuugerahh tuhh.

adik sweet neh baru jeh benti keje. haha.

Sarah Mohd Saleh said...

hahaha bukan calang2 tuh dpt anugerahhh.akk sndrey pon xbjye rangkulll

naiemah_ramli said...

nak juga anugerah tu .. dh lama ni tanam anggur..muhahaha :P

Unknown said...

lebih kurang je kite kat umah ni.. tp ade la jgak kuar umah klau nk htr mak g keje tu.. huhu

m!3yr4h_LolLy said...

perrghhh. siap dapat anugerah lagi. hebat tol. heee

kiz said...

ada gak anggur.. aku makan anggur pun tak dapat ni..huhu