File 125 : Kes Berubah

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni kita muhasabah diri okay?

Kadangkala kita terfikir
adakah benar kita dijamin syurga ?

Masing-masing tahu dosa diri mereka
Df pun

Kadangkala Df terlalu faqir apabila membincangkan sesuatu perkara tentang agama
Maaf

Df nak menasihati anda semua termasuk diri Df

Jangan suka menilai seseorang dari luaran

Yang jahat tak semestinya jahat selamanya
Yang Baik belum tentu baik selamanya

Baik mana pun dia, Sempurna mana pun dia
tetap ada keburukan yang dilakukannya...

Df harap kita jangan menilai seseorang tersebut 
contoh:

" ishh seksinya perempuan tu ni mesti masuk neraka ni "
" wahh cantiknya dia bertudung, menutup semua aurat, mesti dia akan ke syurga"

Siapa kita untuk menilai dan menentukan mereka ke mana mereka patut pergi?
fikirkanlah :)

Maaf jika ada yang terasa.
Df pun banyak buat silap.
Ya Allah :'(

11 comments:

Miza Idgihat said...

Teringat kata ustaz bila kak Df cakap mengenai ni. Ustaz cakap melalui hadis nabi, Rasulullah SAW. Ada orang di dunia buat amalan ahli syurga tapi akhirnya masuk neraka. Ada orang di dunia buat amalan ahli neraka akhirnya masuk syurga. sebagai contoh

1. kisah seorang perempuang yang mengurung kucingnya tanpa beri makan minum sedangkan dia rajin beribadat kepada Allah. Sehingga kucing tu mati dan akhirnya dia dimasukkan kedalam neraka yang menyala-nyala. Nauzubillah min zalik.

2. kisah seorang pelacur yang beri minum kepada anjing yang kehausan. Tak silap dia beri air dia yang sedikit lalu dituangkan ke dalam kasutnya dan beri kepada anjing itu. Akhirnya pelacur tu mati tetapi dijanjikan Syurga Allah yang indah. Subhanallah. Allahhuakbar.

:'( Walau seajahat mana pun kita tapi kembalikan kepada Allah insyaAllah. Rahmat Allah yang besar sedang menanti. Tetapi walau sebaik mana kita tapi melakukan kejahatan tanpa segera bertaubat. Allahhuakbar. Astghfirullahal`azim. Ngeri dengan neraka Allah. Allah.

Unknown said...

Setuju tu.. Ustadh Nouman Ali pernah kata "Why do you have to worry about Tarzan?" dalam satu ceramahnya dimana ada org bertanya kenapa bukan semua org baik dapat masuk syurga?

Daripada kita buang masa menilai seseorang, yang sepatutnya bukanlah tugas kita, ada baiknya kita perbetulkan diri. Tetapi tak menjadi kesalahan lepas perbetulkan diri, kita cuba berjinak-jinak utk perbetulkan org lain pula. Wallahualam.

Santan Manis said...

Manusia tidak sempurna DF :) Jemput singgah blog SM kalau sudi :)

Pwincess said...

agree. but its too hard to educate ppl to not judge a book by its cover. because ppl around us dah terbiasa dgn judgemental since childhood. hm hm.

fadh leyanie said...

jgn mudah mnilai ssorg dgn unsur negatif, mari muhasabah diri..:D

norhasnizakhalid said...

kita manusia bukan bersifat maksum iaitu terpelihara dari dosa. Jadi, penilaian manusia itu tidak penting, biarlah bernilai di mata Allah s.w.t.

puteri kasih said...

kita sendiri belum cukup baik kan...jadi dari bercakap tentang orang lain, baik kita perbaiki diri sendiri dulu kan DF :)

Yaya Mohd said...

salam Df...

yup..btul tu...
jgn mnilai seseorng tu terlalu awl..sekrng kita tgok seseorng tu bnyk kekurangannya..tp siapa tahu HIdayah Allah dtg pada dia,dia mgkin akn jadi lebih baik dri diri kita sendri...

*bdasarkan pengalaman sendiri*

Sally Samsaiman said...

kesempurnaan tu bukan kita yg cari...bukan kita yang bina...tapi selagi mana kita kenal diri, kenal batas..InsyaAllah mmg syurga tu milik kita :)

Byzura Halifah (MB) said...

yg penting siapa kita di mata pencipta kita... :)

Eimma said...

nice sharing :)