Mutiara Jumaat

Ingatlah akan hati yang terluka dan air mata yang membasahi pipi..

" TIDAKKAH ENGKAU MELIHAT BAHAWA MALAM INI APABILA TELAH SEMPURNA KEGELAPANNYA
PASTI AKAN DATANGNYA PAGI HARI DENGAN CAHAYANYA "

maka,rendahkanlah nada kesedihan kamu dan usaplah air mata kamu.
kerana bukan hanya kamu yang pertama kali terkena kesan racun
zaman dan musibah yang melanda diri kamu.
Allah S.W.T telah berfirman :



maksudnya :

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Kesimpulannya :

kita hanya manusia yang lemah. TANPA Dia, kita bagaikan rumah tanpa tiang.
Oleh itu, kekuatan kita untuk menghadapi dugaan-Nya,kita hendaklah sentiasa berdoa, bersabar, dan sentiasa mengingati-NYa. InsyaAllah :)

sekian, domo arigatou !