ASSALAMUALAIKUM...
SALAM MAGHRIB
Ohh. Sangat terkejut juga tiba-tiba ada orang tunggu post dari Df :P
Ada bro tanya Df
"Hi Df! Drama Japan minat tak k? Pernah pergi Japan?"
Setakat ini Df layan drama Hanakimi, Rurouni Kenshin dan Meitantei Conan (movie and series)
Drama Japan tak tengok sebab bahaya sedikit kot tengok drama Japan ni hahaha
Jadi tiga drama tu jelah yang Df fav.
pernah pergi Japan? hmm tak pernah tapi Japan salah satu negara yang Df list untuk travel nanti, Inshaa Allah. Bro pernah pergi Japan kah?
ohhh okay okay dah.
Pelik tak tengok Akachan tu?
ya, Akachan maksudnya Baby
![]() |
| credit: google |
Sejak dua menjak tiga menjak, Df tolong jaga anak buah Df yang pertama.
rasanya tak payah bagi gambar budak debab tu kot. hohoho
yaa susah bagi beginner macam Df.
anak bongsu yang tidak punya adik sebelum ni.
jadi nak buat susu, nak mandikan everything kena tahu.
pada mulanya kan Df rasa renyah juga jaga baby walaupun hanya TOLONG.
sebab baby ini belum pandai cakap, belum pandai jalan
cuma tahu nangis, tidur dan makan
jadi kena pandai teka apa sebenarnya yang dia mahukan.
dari situ barulah Df dapat tahu betapa susahnya Ibu Ayah kita jaga kita dari kecil sehingga kita besar dengan sihat.
Berkenaan kesusahan yang amat berat saat hendak melahirkan, Abi Burdah radhiallahu 'anh pernah melihat Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma dan seorang lelaki dari Yaman sedang tawaf di sekeliling Ka’bah.
Lelaki tersebut sedang mendukung ibunya lalu mengeluh: “Saya baginya bagaikan tunggangan yang hina.”
Lalu dia bertanya: “Wahai Ibn ‘Umar! Apakah sudah aku balas budinya?”
Ibn ‘Umar menjawab: “Tidak! Walaupun setarik nafasnya (yakni ketika ibunya sedang melahirkannya).”[4]
sumber : http://hafizfirdaus.com/
Kehebatan Ibu Kewiraan Ayah :)
daisuki oka-san oto-san
Pengalaman mengajar kita :)

